Pertubuhan Rumpun Seni Mekar Budaya
"Persatuan adalah Persahabatan"
-Tuan Haji Sufiat Mukri-
latar belakang
Mekar Budaya sebuah kumpulan kesenian, bergerak secara aktif sehingga kini, khususnya di Kuala Lumpur. Kumpulan ini pada asalnya diterajui oleh Allahyarham M. Nasri Ayob & Dr. Marlenny Deenerwan. Ditubuhkan sebagai salah satu platform bagi menggalakkan penciptaan karya seni baharu untuk memperluas repertoir seni di Malaysia.
peneraju
DR. MARLENNY DEENERWAN
Merupakan pemegang Diploma Penulisan dari Akademi Seni Kebangsaan (2002), graduan Seni Persembahan (Drama) dari Universiti Malaya (2006 & 2011) dan pemegang PhD Persembahan Teater dari Monash University, Australia (2016). Sejak 1998, lebih 40 produksi teater telah disertainya sama ada dalam bidang pengurusan, lakonan dan pengarahan. Sebagai penulis, antara karya pentasnya termasuklah Nur, Pasti, Bangsawan Laila Majnun, Bangsawan Hikayat Si Miskin Menjadi Raja, Bangsawan Zhao Si Anak Yatim, Dari M ke M, Elyas Emas, Transit Borneo Malaya, dan Melati Melur. Beliau juga pernah mengarahkan pementasan karya tokoh terkenal seperti Asiah Samiah, Bangku, Peristiwa di Zoo (terjemahan dari Zoo Story), Saya…Dari Hujung Kota dan banyak lagi.
Beliau bersama suami, Allahyarham M. Nasri Ayob kemudiannya mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah persatuan yang boleh dijadikan satu tempat/medium untuk rakan seperjuangan, generasi muda berkumpul dan berkarya. Kini Mekar Budaya telah berjaya menempah nama dalam dunia seni, khususnya seni teater.
matlamat
- Menggabungkan para penggiat seni dan budaya untuk menghasilkan produk kesenian yang beraras tinggi dan berintelektualiti.
- Menjadi platform bagi menggalakkan penciptaan karya seni yang baharu bagi memperluas repertoir seni di Malaysia.
- Memperkenalkan kesenian dan kebudayaan sebagai sebuah bidang ilmu.
perkhidmatan
Persembahan
Menghasilkan dan menganjurkan persembahan teater tradisional seperti bangsawan, mak yong, mek mulung, randai, teater moden, teater muzikal, monodrama, dan sebagainya. Berpengalaman melaksanakan persembahan melalui dana yang disediakan oleh pihak anjuran.
Festival , Forum & Bengkel
Bertindak sebagai penganjur sendiri atau bersama bagi sebuah festival seni dan melaksanakan forum, bengkel seni dalam bidang pengurusan seni, teater bangsawan, teater moden, teater tradisional - pengarahan, sinografi, lakonan, tarian, kostum dan solekan.
Pengurusan
Memiliki khidmat pengurusan dalam bidang kesenian bagi sesebuah produksi seni seperti pengurusan atasan, urus setia majlis, penyelaras majlis, dan sebagainya.
Penerbitan Video
Menerbit video pembelajaran dalam kesenian, khususnya teater tradisional seperti Bangsawan dan penerbitan video dokumentasi seni seperti seni teater, tarian, lukisan serta muzik.
direktori ahli
-Abu Uwais-